Adakah Noordin Mohd. Top (gambar) masih hidup?
Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lalu.
Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki itu disenaraikan dalam “Senarai Orang Paling Dikehendaki” dan status itu pastinya menghantui fikiran.
Nama Noordin yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan “Red Corner” laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.
Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Interpol terhadap Noordin yang lebih dikenali sebagai Mat Top.
Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti Al-Qaeda atau Taliban.
Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.
Noordin, dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang didakwa mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia. – Bernama

November 28th, 2009
albalang 












Posted in
Tags: 


