PTD Tips: Ujian Bertulis

Serba sedikit untuk mereka yang nak ambil exam bertulis bagi kemasukan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Aku just nak share berdasarkan experience mereka-mereka yang dah berjaya.

Ok dia ada pelbagai seksyen / bahagian. Antaranya Matematik (objektif), Bahasa Melayu (objektif/esei), Bahasa Inggeris (objektif/esei), sahsiah diri (objektif) dan pengetahuan am (objektif). Untuk Matematik ni confirm koran semua kena practise la diri tu sikit, buat ujian latih tubi PMR/SPM. Kalau tak silap tak boleh pakai calculator. Tips dia kat sini, kalau tak boleh nak jawab soalan no 1 terus pegi jawab no 2, tak payah pikir lama sangat sebab korang memang takde masa punya. Dah abis jawab soalan yang korang boleh jawab check time ada banyak lagi ke tak. Kalau rase banyak lagi, 2nd round jawab soalan-soalan yang tinggal tadi. Kalau memang dah takde time lagi korang tembak je isi borang OMR jawapan tu biar penuh.. untung-untung boleh dapat jawapan betul.

Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris ni susah nak cakap la depends pada kefahaman korang jugak. Bahagian objektif boleh tembak lagi tapi bab esei tu.. lu pikir la sendiri. Cuba-cuba ler baca surat khabar banyak-banyak yer.. tambahkan pengetahuan. Tips di sini, bahagian objektif buat macam stail objektif, tembak je bila dah tak cukup masa nak jawab. Bahagian esei korang pilih topik yang korang ada banyak point yang boleh diberi. Ingat ya, topik yang korang ada idea banyak. Elaborate je point-point korang tu dalam 1 setengah ke 2 mukasurat pun dah cukup.

Ujian sahsiah diri ni paling senang kot. Tips dia, soalan yang lebih kurang maksudnya akan keluar banyak kali jadi jawapan korang kena konsisten. Ini lebih kepada macam ujian personaliti. Contoh soalan ialah apakah minat anda? apakah hobi anda? apakah yang anda gemar lakukan di waktu lapang? Nampak tak 3 soalan ni ayat dia lain-lain tapi maksud dia menjurus benda yang sama. Jadi kalau jawab main bola, main bola la untuk 3 soalan tu.

Pengetahuan Am ni agak berat sikit. Tips dia, korang cari buku Form 6 Pengajian Am. Cari yang versi rujukan pun dah cukup. Tapi ye la, bukan semua orang habis sekolah sampai Form 6 kan? Tu yang berat sikit tu. Tapi insya-Allah kalau dapat habiskan baca at least 3 chapter pertama yang berkaitan dengan perlembagaan, kenegaraan, dan sebagainya, dapat la korang jawab serba sebanyak mungkin soalan dia. Selebihnya, tembak je la.. objektif je pon..

Ok.. itu saja..

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting