Taklimat & Temuduga Program Siswazah Perantis PUNB

Mulakan langkah pertama anda untuk menjadi usahawan melalui Program Siswazah Perantis PUNB. Perantis akan diberi elaun sara diri sebanyak RM800-00 sebulan pada 3 bulan pertama serta RM1,000-00 sebulan pada bulan ke-4 dan seterusnya sehingga tamat tempoh latihan (6 bulan atau 12 bulan) di dalam Program Siswazah Perantis bergantung kepada bidang perniagaan.

Syarat kelayakan:

  1. Graduan Bumiputera berkelulusan ijazah, diploma atau mempunyai sijil kemahiran (tahap 2) daripada institusi pengajian yang diiktiraf kerajaan
  2. Berumur di bawah 30 tahun
  3. Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari pekerjaan

PUNB menawarkan peluang kepada perantis yang berminat dan layak untuk memulakan perniagaan dengan modal awal melalui pinjaman sehingga RM50,000.00 selepas tamat tempoh latihan sangkut.

Sila berjumpa kami di taklimat dan temuduga awal terbuka pada:

16 Disember 2009 MPC Kepala Batas
Jalan Bertam
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang
16 Disember 2009 Sarawak Industrial & Promotion Exhibition Centre (SIPEC)
Jalan P. Ramlee
Kuching
Sarawak
17 Disember 2009 Prime City Hotel
20, Jln Bakawali
86000 Kluang
Johor
17 Disember 2009 Dewan PUNB, Tingkat 9
Blok 1B, Plaza Sentral
Kuala Lumpur Sentral
Kuala Lumpur
22 Disember 2009 Tang Dynasty Hotel
1-1 Lorong Wawasan Plaza
Coastal Highway
88000 Kota Kinabalu
Sabah
23 Disember 2009 Hotel Raudah
Jalan Maju
15000 Kota Bharu
Kelantan
24 Disember 2009 Dewan PUNB, Tingkat 9
Blok 1B, Plaza Sentral
Kuala Lumpur Sentral
Kuala Lumpur
Pendaftaran: Tepat 8.30pagi
Kemasukan: Percuma
Penting: Sila bawa bersama salinan sijil kelayakan, 2 keping gambar berukuran paspot serta salinan kad pengenalan. Bayaran RM20 akan dikenakan untuk mereka yang menduduki Ujian Kesesuaian Keusahawanan.

Untuk pengesahan tempat sila hubungi Rapi/Hazreen/Rasyidi/Nik di talian 03-2785 1411 / 1412 / 1413 / 1415 atau layari laman web kami di www.punb.com.my untuk maklumat lanjut.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting