Fenomena Raja Lawak Musim Ke-4

Raja Lawak Astro telah pun kembali sejak beberapa minggu yang lalu dengan musim ke-4. Program Raja Lawak ni memang bagus, tapi yang tak syok nya dia ni adik-beradik AF la di mana survival kebanyakkan peserta bergantung kepada undian SMS. Aku tak setuju sebab no point juri sampai 3 orang dok situ bagi kritik last-last orang yang patut keluar masih stay dalam program.

Satu lagi kritikan aku ialah macam mana kriteria peserta pilihan untuk musim ni? Banyak yang hampeh, lawak tak jadi, melalut lebih. Tapi musim ni kita dapat tengok satu fenomena baru Raja Lawak iaitu peserta yang bernama Idlan. Kenapa Idlan? Entah, tapi aku rasa dia ni bijak sikit sebab dia maintain karakter Abang Kasim dia (pon poonnn).

Sekarang ni peserta yang tinggal adalah Idlan, Alex, Kecik dan Mamu. Yang paling tak sangka Caca yang mampu bertahan sebagai top 5. Kenapa tak sangka? Sebab aku rasa dia ni patut dikeluarkan dalam minggu ke-2 or ke-3. Tak best langsung performance dia sampaikan Din Beramboi dah tak tahan cakap dia ni bebal (tapi aku tak berapa setuju la DB cakap live on stage, kena la jaga maruah orang).  Melihat kepada persembahan peserta yang baru ni, Idlan belum tentu boleh jadi juara. Pengundi pun dah mula beralih arah.

Peserta-peserta last 4 ni memang aku akui antara yang agak konsisten boleh bagi lawak dan dapat gelak. Memang patut diorang bertahan sampai sekarang tapi aku still tak berapa setuju dengan penggunaan platform undian SMS sebabnya platform ini lebih kepada money making easy biz untuk Astro dan Telco-Telco yang lain. Kejam.. curi duit orang lain.. illegal scam yang di’legal’kan oleh kerajaan.

Aduhai rakyat.. bila la nak sedar dengan penipuan Astro ni.. LoL..

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting