Susulan Kes Budak Mati Didera (Adik Syafiah)

Datuk kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati didera, Aziz Shahar, 50, terkilan kerana dia pernah melihat kesan kecederaan pada tubuh cucunya itu tetapi mendiamkan diri kerana tidak menyangka ia kesan dipukul.

Aziz yang tidak akan memaafkan perbuatan kejam suspek mendakwa, kaki dan perut cucunya, Syafiah Humaira Sahari ada kesan luka seperti dicucuh dengan puntung rokok kira-kira dua minggu sebelum kanak-kanak itu mati dipukul lelaki tersebut yang juga kekasih ibunya kelmarin.

“Saya pernah tanya dia (Syafiah) tetapi dia cakap luka terjatuh dalam semak,” katanya di rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) di sini semalam.

Walaupun curiga, Aziz tidak bertanya hal itu kepada ibu mangsa, Siti Nor Hanim Aziz, 25.

Mamat yang belasah adik Syafiah sampai mati tu memang bangang dan patut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tanpa prejudis. Bodoh. Orang-orang yang dok tengok adik Syafiah kena belasah pun boleh tahan bangang. Mana tak nya, adik Syafiah dibelasah di hadapan orang ramai di kawasan padang bola.

Didepan orang ramai tapi takde sape pun yang halang drebar teksi bodoh tu daripada menendang, memijak kepala dan macam-macam lagi. Macam mane tahu cara adik syafiah kena belasah? Orang-orang kecut tu la yang bagi info. Diorang cakap diorang saksi dan akan bagi kerjasama untuk kondemkan drebar teksi tu. Bodohkan.. Budak tu dah mati pun.. Korang bagi kerjasama macam mana pun dia takkan hidup balik..

Tu la dia orang Melayu.. Kononnya tak nak jaga tepi kain orang lain.. argh.. korang pikir la sendiri..

Post sebelum ini tentang adik Syafiah: http://albalang.com/blog/2010/anak-mati-didera-kekasih/

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting