Kementerian Sumber Manusia akan melancarkan sebuah blog dalam tempoh dua minggu lagi bagi mendapatkan pandangan orang ramai tentang konsep gaji minimum.
Menterinya Datuk Dr S. Subramaniam berkata ia perlu kerana kini terdapat pelbagai pandangan berbeza tentang isu tersebut di mana ada yang mahu gaji minimum mesti dilaksanakan manakala ada pula berpendapat ia harus ditentukan oleh pasaran.

Beliau berkata blog tersebut akan dibuka selama tiga bulan bagi membolehkan orang ramai memberikan pandangan mereka tentang isu tersebut dan setelah mendapat pandangan itu barulah mereka akan membincangkan perkara tersebut di peringkat kementeriannya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai permintaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE)yang mahu kerajaan menambah bilangan hari cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari, beliau berkata ia akan kekal sebegitu.
- Bernama -
albalang: Kalau ada gaji minimum, mampu ker? Cuti bersalin nak 90 hari? Tanpa gaji boleh?

March 8th, 2010
albalang 











Posted in
Tags: 


