Kes Dera Syafiah: Lebih Seorang Suspek

Polis percaya terdapat lebih daripada seorang individu yang terlibat mendera hingga mengakibatkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3, di Batang Kali Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid berkata, siasatan mendapati suspek utama, yang direman tujuh hari, tidak melakukan pembunuhan berseorangan tetapi kemungkinan melibatkan sekurang-kurangnya lima individu lain.

“Terdapat dua kemungkinan iaitu individu-individu itu turut mendera Syafiah atau mereka tidak melakukannya tetapi mengetahui kanak-kanak terbabit telah didera.

“Polis sedang mengesan kesemua mereka yang disyaki terlibat termasuk bapa suspek untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

-kosmo

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting