Franck Ribery & Karim Benzema Layan Pelacur?

Polis Perancis telah menahan dua pemain antarabangsa, Franck Ribery, 27, dan Karim Benzema, 22, untuk disoal siasat dalam satu kes pelacuran bawah umur semalam.

Pemain bola sepak tersebut ditahan bagi membantu siasatan ke atas kelab malam Champs Elysees yang menyediakan perkhidmatan pelacur bawah umur kepada pelanggannya.

Franck Ribery dituduh terlibat dengan skandal pelacuran bawah umur

Mereka ditahan di ibu pejabat skuad antipelacuran Perancis di Ile de la Cite sebelum pihak polis membuat keputusan sama ada untuk merujuk mereka kepada hakim bagi menghadapi tuduhan.

Seorang wanita muda telah pun membuat pengakuan kepada penyiasat polis bahawa dia telah mengadakan hubungan seks dengan kedua-dua pemain tersebut ketika masih berada di bawah umur.

Jika didapati bersalah, kedua-dua pemain tersebut berhadapan hukuman penjara tiga tahun dan denda 45,000 euro (RM186,000). – AFP

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting