Bayaran eBay Yang Anda Patut Tahu

Ada di antara newbie seller ebay agak terkejut bila dapat invoice dari eBay pasal kena bayar fee-fee tertentu. Dan akhirnya ada yang mengalami kerugian. Alamak… apa fee yang eBay bantai kita tu? Mari check kat bawah:

ebay_fee

OK.. List di atas adalah untuk eBay USA. EBay negara lain mempunyai fee-fee yang berbeza. Saya pilih eBay USA kerana ianya adalah eBay induk dan merupakan eBay pilihan untuk seller-seller seluruh dunia sebab market banyak tertumpu kat sini. Tapi anda juga perlu tahu yang kita juga layak mendapat insertion fee waived untuk 5 listing pertama setiap 30 hari dari eBay USA. EBay negara lain juga ada cara promosinya yang tersendiri.

Cara pengiraan Final Value Fee (FVF) juga anda patut tahu.  Kalau item tak terjual, eBay tak kenakan bayaran. Tapi untuk setiap item yang terjual, FVF hanya dikenakan ke atas harga akhir bidaan item tersebut sahaja dan tidak termasuk harga kos penghantaran. Jadi, di sini, tips untuk bayar fee mahal-mahal ialah dengan letak shipping cost tinggi sikit.

Contoh 1: Jumlah jualan $25.00 dengan bidaan akhir $25 dan shipping cost adalah free. Jadi, FVF yang dikenakan adalah 8.75% x $25 iaitu kira-kira $2.19

contoh 2: Jumlah jualan $25.00 dengan bidaan akhir $17 dan shipping cost adalah $8. Jadi FVF yang dikenakan adalah 8.75% x $17 iaitu kira-kira $1.49

Haaaa… nampak tak? Tapi ada pro dan kontra la tentang shipping cost. Antara yang paling jelas, bidders memang suka bid item-item yang free shipping. Tapi, ini semua memang risiko yang setiap seller patut tahu. OK, sampai di sini sahaja.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting