eBay Hot Item Memang Laku
Monday, February 1, 2010 2:53Seperti tajuk di atas, ini adalah pengalaman aku sendiri. List 5 item je dan semua terjual
. Memang syok la.
Hehehe.. jualan untuk 1 minggu yang malas sebab list 5 item sahaja tapi puas hati sebab selling rate 100%. Apa yang penting ialah kena buat research tentang produk apa yang sangat orang nak beli kat negara tu. Teknik buat research aku sempoi je tak pakai terapeak. Aku cuma pakai ebay pulse. Free je.
Hmmm.. dalam hati nak je full-time buat bisnes eBay ni tapi entah la.. aku nak kaut 10/10 kot.. huhuhu tamak sungguh. Oh ya, untuk pengetahuan anda semua, average kos aku termasuk shipping keluar adalah dalam lingkungan US$5.00. So, boleh kata aku belanja US$25.00 untuk dapatkan US$41.92 dan nilai yang ditunjukkan tidak termasuk shipping cost lagi.
Apa yang penting kat sini:
a) buat research item apa nak jual tak kira la dropship ataupun fizikal. Kalau mampu spend duit lebih gunakan terapeak sebab detail tapi kalau nak jimat guna eBay pulse je macam aku.
b) kenal pasti average price untuk menjual item tersebut. Tapi kalaui nak orang bid macam pisang goreng panas, letak start auction price $0.01 + FREE SHIPPING. Hahaha.. memang giler.. Tapi aku ada gak rugi sekali (dapat jual US$0.16 je
)
c)jangan set auction time terlalu lama sebab nanti lambat keluar. Letak auction for 3 atau 5 days.
d)Nak auction pun kena tengok hari jugak. Secara umum orang akan online shopping pada hari Ahad. So, korang bajet la listing korang akan tamat pada hari Ahad negara tu.
Insya-Allah, eBay selling anda akan ada. Lagi banyak usaha lagi bagus. Jangan jadi macam aku, kejap malas kejap rajin hehehehe.











