Kes Sumpah Cerai Artis Ida Nerina

Lagi kisah artis nak bercerai. Sorang kata belum, sorang lagi sampai nak sumpah dah cerai. Berita lanjut seperti yang dilaporkan oleh wartawan kosmo:

Bekas pemain gitar kumpulan Blackrose, Sha’arin Mohd. Razali sanggup mengangkat sumpah bagi mempertahankan lafaz cerai yang didakwa dibuat terhadap isterinya, aktres Ida Nerina Hussein tahun lalu.

Sha’arin, 40, juga akan memberi keterangan dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut pada 13 dan 21 April depan yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Terdahulu, Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menetapkan tarikh itu di kamarnya setelah beliau dimaklumkan peguam bahawa Ida Nerina, 45, tidak hadir kerana berada di India bagi menjalani rawatan.

Heroin filem Anak itu sebelum ini membantah keras dakwaan suaminya yang dia telah diceraikan talak satu pada Hari Raya Kedua Aidil- fitri, September tahun lalu.

Menurut peguam syarie, Akbardin Abdul Kader yang mewakili Ida Nerina, anak guamnya ada menghubunginya dan beritahu tidak dapat hadir pada sebutan kes itu semalam.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting