Nabil Nak Kena Saman RM2juta Pasal Kerek Sangat?

Nabil (Juara Raja Lawak 2) dah sombong? Nabil dah kerek? Nabil dah angkuh? Banyak betul kontroversi baru pasal mamat ni. Itu hari ada member tunjuk gambar-gambar Nabil yang semakin bebas bersoSIAL. Ye la, dah jadi artis zaman moden ni kena la start sosial-sosial liar sket kan.  huhuhu.. rilek-rilek.. jangan bikin line panas.. line clear takpe..

Apa cerita nak kena saman RM2 juta ni? Bukan sikit wo.. juta-juta tu.. cerita ni aku ambil dari portal Murai.com. Layan..

Pelawak Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 27, kini menghadapi tuntutan saman sebanyak RM 2 Juta selepas gagal memenuhi kontrak perjanjian dalam filem  Lu Pikirlah Sendiri De Movie.

SDAF Pictures yang menerbitkan filem berkenaan, melalui syarikat guaman Hing & Alvin Advocate & Solicitor telah menfailkan saman bertarikh 24 Februari 2010 keatas Nabil selepas pelakon utama Lu Pikirlah Sendiri De Movie itu telah memberi kenyataan media yang menjatuhkan reputasi filem berkenaan.

Melalui surat tersebut Nabil diminta menjelaskan RM2 Juta kepada  SDAF Pictures ataupun kes ini dibawa ke mahkamah sekiranya gagal.

Sutradara filem tersebut, Aminah Rhapor menjelaskan pihaknya telah berbincang dan merasakan inilah keputusan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini.

“Saya bukan nak aniaya Nabil dengan saman ini. Tetapi saya tak ada pilihan lain. Saya mahu perkara ini boleh menjadi ikhtibar kepada artis lain agar mereka lebih berdisiplin. Kalau dia datang kepada kami minta maaf saya rasa tak ada sampai jadi macam ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur, tiada lagi masa untuk berbincang.

“Sebelum hantar surat saman ini, pihak kami ada menghubungi pengurus Nabil iaitu Latif. Kami meminta 2 perkara. Pertama pihak kami minta Nabil ikut serta dalam beberapa acara bagi mempromosikan filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie.

“Terbaru, kami minta beliau datang ke majlis tayangan amal yang diadakan di Universiti Malaya baru-baru ini. Waktu kami adakan promosi Lu Fikirlah Sendiri The Movie ini di Universiti Teknologi Mara, baru-baru ini  pun dia tak datang.

“Kedua, pihak kami memberitahu Nabil tidak boleh memberi kenyataan yang boleh menjatuhkan nama baik filem. Pihak kami ada memberi amaran kepada Nabil bahawa benda ini boleh menjadi lebih besar.

“Berkali-kali kami cuba menghubungi diorang untuk memberitahu perkara ini, tetapi pihak Nabil langsung tidak menunjukkan maklum balas yang baik. Jawapan daripada mereka adalah melenting-lenting dan bercakap kasar,” katanya.

Jelas Aminah lagi, apabila pihaknya menjemput Nabil untuk menjayakan majlis promosi Lu Fikirlah Sendiri The Movie, macam-macam alasan yang diberi.

“Diaorang (pihak Nabil) cakap kami ini demand. Suruh buat itu suruh buat ini. Nabil cuba menegakkan apa yang dia rasa betul. Nabil langsung tidak memberi kerjasama yang baik.

“Saya juga akui Nabil mempunyai bakat yang besar dalam lakonan. Tetapi perbuatannya sudah melampau. Saya mahu industri kita ini belajar daripada apa yang sedang berlaku,” katanya.

Ok la geng-geng yang pro dan kontra Nabil… kena aniaya ke tidak, lu semua pikir la sendiri..

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting