Paypal Kuat Cari Pasal?

Aku tak berapa faham dengan polisi keselamatan yang diamalkan oleh paypal.com. Tadi aku check email, dapat mesej yang mengatakan aku telah dikenakan sekatan akaun. Diorang punya term: limited account access. Reason diorang sekat aku sebab diorang suspek ada unusual account activity pada 24 Febuari 2010.

Yeng buat pelik tu ialah diorang kasi aku satu case ID untuk refer kat Resolution Center diorang tapi masalahnya case ID tu tak wujud. Adakah ini satu taktik yang digunakan oleh pihak Paypal untuk mencuri duit dari akaun kita secara halus? Atau pun sebab aku ni MUSLIM? Banyak sangat persoalan sampaikan aku terfikir adakah selamat gunakan akaun paypal ni.

Untuk pengetahuan para pembaca semua, ini kali kedua aku kena dalam tahun ni. Kali pertama sebab aku dah lama tak access akaun paypal aku. Memang aku tak access masuk tapi cuma lebih kurang setahun jer. Entah la.. adakah aku je yang kena macam ni atau pun memang ramai lagi insan-insan di luar sana yang senasib dengan aku. Tapi kan, aku perasan benda ni makin menjadi bila aku start menjual barang di eBay. Akaun eBay aku baru je dapat reinstate selepas hampir 2 minggu kena gantung atas sebab-sebab yang diorang tak nak bagitau. Ya betul… diorang tak nak bagitau sebab yang utama. Tiap kali aku tanya diorang jawab benda yang sama iaitu minta aku hantar maklumat pengesahan. Maksudnya memang diorang memang takkan bagitau ler… Impaknya, ada sorang customer aku open dispute file yang menyebabkan sebahagian duit aku kena hold. Aku memang tak salahkan customer tu sebab aku faham yang dia risau kalau-kalau aku cuba tipu duit dia.

Pergh.. kalau nak cerita memang panjang.. Boleh menyebabkan lari topik la. Sampai di sini saja coretan aku. Aku nak setelkan masalah paypal aku dulu. Calo..

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting