Aku baru habis tengok final Raja Lawak Musim ke-4. Peserta-peserta final ialah Alex, Kumpulan Kecik dan Idlan. Juaranya ialah Kumpulan Kecik diikuti Idlan dan Alex di tempat ke-3. Secara peribadi aku katakan kalau ikut kualiti performance, maka Alex yang patut jadi juara. Idlan tu tak patut masuk final pun sebab dah berminggu-minggu performance hampeh. Dah sampai final pun masih takde idea (tajuk bebas) pastu start merapu ntah apa-apa.
Tak cukup dengan tu, cara diorang organize acara final ni pun tak macam yang lepas-lepas. Final kali ni entah la.. kureng la beb.. memang gagal la.. Tapi lantak la, Astro tetap buat duit. Ramai je lagi yang sibuk mengundi sms habiskan duit beringgit-ringgit. Yang menang pun tetap menang dan tahniah diucapkan kepada kumpulan Kecik kerana telah menjuarai sesi Raja Lawak musim ni.

March 7th, 2010
albalang 












Posted in
Tags: 




I am a student and i found your info on the site very useful for my study, Please keep it up.