Siapa Bapa Adik Syafiah?

Ibu mangsa bunuh, Syafia Humairah Sahari, 3 tahun, Siti Nurhanim Aziz, 25 tahun menafikan (baca: di Buletin Utama TV3, 28 Februari) dia mengandung 4 bulan.

Tubuh dia, perut dia, rahim dia, jadi kita terima kenyataan itu. Namun dia tidak menafikan kenyataan (baca: mengaku) mempunyai anak lelaki, Shakimi Iqbal Sahari. Bayi didakwa anak bersama suaminya Sahari Usol, 33 tahun.
Suami dia, anak dia, justeru dia lebih tahu.

Cuma ada satu perkara kurang jelas pada pandangan saya.

Menurut laporan akhbar (baca: tidak dinafikan Nurhanim setakat ini), suaminya, Sahari ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh sejak tahun 2006 kerana kes bunuh (baca: belum disahkan Jabatan Penjara Malaysia).

Biarpun sistem parol (baca: banduan dibebaskan lebih awal sekiranya memenuhi syarat ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia) telah dilaksanakan, namun kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh, TIDAK boleh diparol. Maksudnya, sejak 4 tahun lalu Nurhanim tidak bertemu suaminya. Dia mendakwa digantung tidak bertali (baca: belum bercerai secara sah) dek suami dan berikutan itu Nurhanim bercadang akan membuat tuntutan fasakh.

Mungkin ada antara kenyataan di atas kurang atau tidak tepat. Tetapi ANDAI semua kenyataan terbabit berbentuk fakta, timbul satu persoalan perlu disahkan jawabannya.

Anak bongsu Nurhanim, Shakimi berusia 1 tahun 6  bulan (18 bulan) manakala SUAMINYA tidak pernah dibebaskan sejak 4 tahun ( 48 bulan) lalu.

Bukan kah perempuan mengandung hanya lebih kurang 9 bulan? Bukan 2 tahun 6 bulan (30 bulan).

Matematik : 18 bulan + 30 bulan = 48 bulan = 4 tahun.

Lebih menarik, Nurhanim dan ‘Abang Mat’ (baca: panggilan nama suspek) dilaporkan mula menjalin perhubungan ’terbuka’ sejak 6 tahun lalu (baca: waktu suami masih belum dipenjarakan), ketika dia masih isteri orang (baca: status masih sama sehingga kini).

Mereka juga berjaya mengelirukan (baca: memperbodohkan) penduduk kampung kononnya mendakwa suami isteri sah. Laporan akhbar hari ini mencatatkan, ayah Nurhanim, Aziz Sahar, 50  tahun,  berkata kepada penduduk, dia menikahkan anaknya dengan suspek.

Saya juga berasa hairan melihat gelagat Nurhanim di kaca televisyen. Sewajarnya dia bersedih kerana kehilangan anak namun pada masa sama cuba menyalahkan suspek sepenuhnya atas kes terjadi. Riak wajah menggambarkan Nurhanim langsung tidak ada ‘guilty concience’ biarpun heboh diperkatakan penduduk kampung dia sekian lama bersekedudukan dengan suspek. ’Lakonannya’ di pentas media itu tidak akam mampu mengelirukan saya saban hari berdepan pelbagai kes jenayah.

Polis semalam mengeluarkan kenyataan mengatakan lebih seorang suspek terbabit mendera Syafia. Biarpun tiada suspek lain dinamakan setakat ini, saya percaya siasatan  lebih terperinci akan membongkar fakta sebenar di sebalik kematian insan kecil itu.

Manakala, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tindakan  akan dikenakan kepada pasangan terbabit mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Sekiranya Nurhanim dan ‘Abang Mat’, didapati bersalah melakukan persetubuhan haram, mereka boleh didenda RM5,000 atau dipenjara kurang 3 tahun atau SEBAT tidak melebihi 6 kali atau kombinasi berkenaan. Saya berharap JAIS akan mengambil tindakan dengan kadar segera.

2 daripada wanita disebat sebelum ini, dilaporkan bersalah kerana bersetubuh haram. Jika Nurhanim didapati melakukan kesalahan sama, dia juga wajar disebat. Itupun jika pihak berkuasa berani melaksanakan hukuman dan mendepani ’salakan’ segelintir pertubuhan bukan kerajaan kononnya memperjuangkan hak wanita.

NOTA Saya berharap pihak berkuasa akan membuat ujian DNA bagi mengenal pasti bapa Syafia dan juga ‘adiknya’, bayi terbabit.

Sumber: Mazidul Akmal Sidik

albalang: Pening betol.. salah laki ke pompuan? Dua-dua pun salah.. bengong.. bongok dan sebagainya..

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting