SPRM Selesai Siasat Kes Rasuah Kaitkan Nik Aziz

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya itu tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya berkata, SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Kelantan itu pada Januari lalu.

“Sekarang, kita kena tunggu dan terpulang kepada pendakwa raya sama ada mahu melakukan pendakwaan atau tidak,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan kepada SPRM di sini berhubung sebuah blog menyiarkan artikel “SPRM Kelantan Pro-Pas: Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai”.

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, pergerakan tersebut membuat laporan itu kerana mahu SPRM menyiasat dakwaan itu kerana SPRM merupakan sebuah badan bebas. – Bernama

albalang: UMNO Kelantan (Pembangkang) rase yang PAS Kelantan (Kerajaan Negeri) banyak buat rasuah pastu suspek SPRM negeri tak buat kerja. Sama la jugak ngan Pembangkang negeri lain akan katakan Barisan Nasional (yang jadi kerajaan negeri) banyak bikin rasuah pastu SPRM negeri tu tak buat kerja. Senang cerita, semua pun ada rasuah, semua pun tak buat kerja kot. HaHaHa..

Political shit..

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Reddit
  • Google Buzz
  • Yahoo! Buzz

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting