Nyam nyam.. baru2 ni aku bersama bini aku bergabung tenaga menghasilkan home made burger sendiri. Memang la puas hati. Ko boleh buat ikut saiz sendiri nak besar bagak pon boleh, perisa pon sendiri apa nak bubuh. So, entri kali ni aku kongsi resipi home made burger versi albalang yang simple mimple ![]()
Bahan2 yang aku gunakan adalah:
1) Daging kisar 1 peket. Aku beli yang senang cari iaitu brand Ramly. Paling best kalau korang beli daging kat pasar pastu kisar sendiri. Aku beli yang dah siap sebab xde mincer kat rumah.
2) Bawang putih 2-3 ulas & bawang merah 1 biji. Terpulang kat korang nak blend atau potong halus.
3) Daun bawang & daun sup. Potong saiz standard. Kalau xde pon xpe. Dia cuma penambah perisa.
4) Daun rosemary & thymes. Ada 2 ni memang sedap.
5) Garam secukup rase. Aku bubuh dalam 1.5 sudu teh camtu la main agak2 je.
6) Lain2 perasa tambahan yang korang nak. Korang bole tambah sama ada black pepper, oyster sauce atau lain2 bahan yang dirasekan sesuai. Tapi jangan byk sangat flavour tu takut nanti korang plak yang tak termakan nanti.
Cara penghasilan:
Memula aku basuh dulu daging kisar yang aku beli. Buang air dia sebanyak yang mungkin. Tapi kalo korang malas sangat, xyah basuh, pandai2 sendiri ler. Pastu, aku gaulkan dengan semua bahan2 yang aku listkan kat atas tu. Sempoi kan? Bila dah gaul sampai puas hati tu, korang bentuk2 kanlah ikut rupa paras selera korang.
Aku recommend korang biarkan dalam peti sejuk untuk satu malam. Walla! sekarang burger perisa ikut selera sendiri telah pon tercipta. Try la, pasti korang akan terase gian nak buat burger sendiri lagi tak sudah2 nanti.. Hahaha








ini best ! cheese ke kat atas tu ? bagus gak buat sendiri . tak rasa ragu halal ke tak . hehe .
wahhhhh…kene try test cuba ni!!!!
anda dijemput untuk mencuba sendiri.. layan tu.. ini la akibat terlebih tgk channel AFC kat Astro.. hehehe
lapar tg0k ini burger. .ahha!
nt b0le cuba
hahaha.. echa.. sila cuba, jgn malu2.. mmg xmo gi mcD dah lepas ni
fuhh.. best tu… buat sendiri puas ati….
Memang kelasss! Lepas ni buat roti burger sendiri. Boleh buat burger sebesar pinggan tak de sapa boleh tahan. Jom tengok burger gergasi yang saya buat kat blog saya pulak. Khusus untuk anak saya yg kuat makan
macam ni boleh bukak stall dah ni. oblong albalang special 1!
nampak macam sedap je..
nak try la t ^^
Comments weren’t usually posted by me but this article is great. You have my thanks!