Posts Tagged ‘dera’

Kes Dera Syafiah: Lebih Seorang Suspek

Polis percaya terdapat lebih daripada seorang individu yang terlibat mendera hingga mengakibatkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3, di Batang Kali Khamis lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid berkata, siasatan mendapati suspek utama, yang direman tujuh hari, tidak melakukan pembunuhan berseorangan tetapi kemungkinan melibatkan sekurang-kurangnya lima individu lain.

Susulan Kes Budak Mati Didera (Adik Syafiah)

Datuk kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati didera, Aziz Shahar, 50, terkilan kerana dia pernah melihat kesan kecederaan pada tubuh cucunya itu tetapi mendiamkan diri kerana tidak menyangka ia kesan dipukul.

Anak Mati Didera Kekasih

KUALA KUBU BARU – Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam.

Powered by WordPress | Designed by: Best MMORPGs | Thanks to MMORPG List, VPS Hosting and Website Hosting