Jenazah Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44 tahun telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong jam 11 pagi tadi. Sungguh memeranjatkan pemergian beliau kerana dijangkiti Denggi berdarah. Rasa masih baru lagi melihat telatahnya di TV sebagai juri Raja Lawak Astro.
Posts Tagged ‘Din Beramboi’
Din Beramboi Meninggal Dunia
April 2nd, 2010
albalang Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Status Din Beramboi: Masih Kritikal
April 1st, 2010
albalang Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi masih kritikal sehingga malam tadi dan berada di bawah pengawasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang ekoran komplikasi demam denggi berdarah. Keadaan itu menyebabkan Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri bergantung kepada mesin hayat.
Din Beramboi Kritikal Di Hospital Selayang
March 31st, 2010
albalang Deejay radio popular yang juga personaliti televisyen, Din Beramboi (gambar), kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang di sini sejak petang semalam kerana dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.

Posted in
Tags:



