Tutorial Install WordPress Pada Domain Sendiri

Salam sejahtera semua. Entrykali ini kita akan sembang pasal macam mana nak install blog WordPress pada domain anda sendiri. Ini adalah tutorial yang simple dari seorang newbie untuk sesiapa sahaja yang memerlukan.

So, apa itu WordPress? Secara asasnya, WordPress adalah satu content management system (CMS) yang open source dan percuma. Basically WordPress digunakan oleh ramai pengguna sebagai platform untuk blogging. Fokus utama ialah macam mana install pada domain anda sendiri atau juga dipanggil sebagai self-hosting WordPress.

Bergantung kepada hosting provider yang anda langgan, anda boleh terus install menggunakan installer yang terdapat dalam cpanel yang disediakan. Cara ini lebih mudah dan straight forward. 1 klik terus jalan dan tak perlu banyak fikir.

Namun begitu, terdapat juga kes di mana hosting provider tidak menyediakan installer WordPress versi yang terkini dan anda mungkin perlu untuk install secara manual pada domain anda.

Ikuti langkah mudah seperti di bawah:

1) Download pakej installer WordPress yang terkini di sini. Selesai download, boleh extract file atau unzip dahulu pada komputer anda.

2) Gunakan file manager yang terdapat pada cpanel anda ataupun menggunakan program ftp kegemaran sendiri, upload 1 folder WordPress yang dah unzip tadi ke dalam domain anda.

3) Part ni tricky sikit. Anda perlu create database MySQL melalui cpanel anda. Create MySQL Database Name dan juga MySQL Username. Jangan lupa password. Username yang dicipta hendaklah diberikan full access privileges.

4) Sekarang dalam melalui file manager dalam cpanel anda, cari file wp-config-sample.php dan rename kepada wp-config.php. Edit file tersebut dan cari line seperti di bawah:

define(‘DB_NAME’, ‘database_name_here‘);

/** MySQL database username */
define(‘DB_USER’, ‘username_here‘);

/** MySQL database password */
define(‘DB_PASSWORD’, ‘password_here‘);

replace maklumat-maklumat yang berkenaan seperti yang anda telah cipta pada langkah 3. Save file. Selesai peringkat penyediaan file untuk install.

5) The process is almost done. Untuk mulakan installation, buka browser, dan masukkan line berikut dalam address bar:

http://nama-domain-anda.com/wp-admin/install.php

Kalau mahu install pada folder yang spesifik, hanya perlu tambah nama folder selepas nama domain anda seperti ini:

http://nama-domain-anda.com/nama-folder/wp-admin/install.php

Run installer dan isikan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk blog anda. Maka, siaplah sudah sebiji blog WordPress berjaya anda install sendiri secara manual.

Rupa-rupanya ada rumitnya nak install WordPress secara manual. That is why adalah lebih baik untuk menggunakan auto-installer yang telah diberikan dalam cpanel because everything is already done for you in just 1 click.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *